Showing posts with label Untuk Anda. Show all posts
Showing posts with label Untuk Anda. Show all posts
yA


Mungkin anda pernah rasa malas tetiba, kurang bermaya, lemas, bingung atau keliru..mungkin juga malas bangkit cepat dari tempat tidur, kepenatan atau nak mengangguhkan sesuatu kerja yang sepatutnya dibuat sekarang, macam memasak, menaip assignment, membuat kajian, masuk bekerja di waktu petang (bagi yang kerja shift) atau berkebun… er, contoh saja, contoh.

Malas, sikap negatif menyumbang kepada kelemahan diri, lantas menjadikan diri kurang cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan. Untuk jadi bersemangat dalam situasi ini, kita gunakan cara ‘memberi janji kepada diri sendiri’. Caranya begini:

Beritahu diri anda, yang anda mahu buat sesuatu sekarang. Bila dah siap nanti, ambil sedikit masa menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu, mungkin sesuatu benda atau perbuatan. Hadiahnya boleh dalam bentuk ganjarang masa bersantai-santai, makanan, rehat, menonton wayang, lepak depan tv atau ketenangan. Contohnya, bila dah siap kerja nanti, hadiahkan diri sendiri dengan makanan yang enak, macam pizza perasa sate ke, roti canai inti sardin ke, apa-apalah makanan yang sedap. Ataupun, janji kepada diri sendiri, anda akan mendengar lagu kegemaran anda bila kerja dah siap nanti.

Mungkin juga, janji kepada diri sendiri mahu bersantai-santai menonton Astro, minuman ditangan kiri, keropok di tangan kanan. Tapi, pastikan Anda betul-betul mengotakan janji yang anda dah beritahu pada diri anda tadi. Jika tidak, kita tak akan dapat melatih diri jadi bermotivasi. Tubuh anda akan kurang memberi respon pada apa yang anda setkan di minda apabila hal itu berlaku. Lama kelamaan bila selalu buat camni, anda boleh mengawal rasa malas, lantas mengurangkan tahap kemalasan menjadi makin sedikit, sedikit, lalu menghilang langkah demi langkah.

Minda kita cepat menumpu perhatian jika anda ganjaran disebaliknya. Waktu kecik-kecik dulu, bila mak kita suruh kita sapu tangga ke, cuci kereta ke, mesti kita tak nak buat melainkan dia janji akan memberikan sesuatu sebagai ganjaran kepada kita bila kerja dah siap nanti. Kita akan jadi bertenaga bila kita tahu apa yang kita buat tu akan dibalas dengan sesuatu yang kita suka.

Sukar untuk membuang malas sepenuhnya. anda tak akan menang bila melawan malas, tapi anda boleh menyalurkan malas ke masa lain, bukan masa ini. Maksudnya, anda menangguhkan keinginan untuk bermalas-malas sekarang kerana anda akan menikmati kemalasan tu pada masa lain. Bertangguh boleh, tapi biarlah kita bertangguh dengan cara bijak.

Work hard in smart way! ^_^


yA

Belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar dalam situasi sebegini, cuba amalkan kaedah di bawah ini:

  • BeRi TuMpuaN LeBiH TeRhaDap PeMbelaJaRan
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

  • FoKuS KePaDa BaB YaNg LeBiH PeNtiNg

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
  • YaKin KeBoLeHaN DiRi SeNdiRi

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

  • MaSa ReHaT SeCuKupNya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

  • HaPusKaN TaBiaT SuKa TiDur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki. Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.

Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan.

  • JanGan MeNgaMbiL UbAt YaNg MeRaGuKaN

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda. Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.

Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.






yA





1. Tidak mengambil sarapan pagi.

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah.Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan.

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok.

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkanpenyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan.

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara.

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara bolehmenyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur.

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjangboleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur.

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksidaberbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawakerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi.

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi bolehmenyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir.

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina dan menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

yA





















Pelajar cemerlang akan: Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a). kita ingat 10% apayang dibaca

b). kita ingat 20% apa yang didengar

c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat

d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan

e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan


1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan


2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu

( tidak termasuk kerja rumah )


3. Belajar dalam persekitaran kondusif:

a). pastikan cahaya adalah terang

b). kurangkan gangguan bunyi

c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

e). kerusi dan meja menghadap kiblat

f). janagan lupa untuk senyum


4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan


5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan


6. Tahu teknik merangsang memori:

a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )

b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )

c). mengingat kembali ( recall )

d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )


7. Sentiasa awal dan mendahului:

a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru

b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya

c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan


8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar


9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru


10. Mempunyai teknik membaca yang betul:

a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

b). membrika tumpuan sepanuhnya

c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca

d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan


11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas


12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan


13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih


14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji


15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri

(study according to your biological clock ).


16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa


17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar

( kita akan lupa 80% selepas belajar )


18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan


19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.


20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.


21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa


22. Tahu petua mengulang kaji:

a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita

b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna

c). duduk tegak dikerusi yang selesa

d). baca doa penerang hati

e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

f). fikir dan ingat kembali isi utama

g). catat / lakar

h). semak semula ketepatan maklumat

i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

j). buat rumusan

k). jawab soalan

l). tampal maklumat yang rumit di dinding

m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar


23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya


24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:

a). jangan makan kepala ikan

b). jangan makan organ dalaman

c). jangan minum semasa makan

d). jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut

e). jangan melihat kemaluan

f). jangan melihat buih

g). jangan membaca nama pada batu nisan

h). banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu

dan lain-lain

i). banyakkan makan kismis, kurma dan madu

j). banyakkan makan kekacang

k). pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

l). jangan makan sehingga terlalu kenyang

m). jangan kencing berdiri


25. Tahu kemahiran menging

at:


a). tampal nota-nota penting di dinding

b). tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

c). gunakan kaedah akronim

d). reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

e). pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil


26. Cekap mengatur jadual belajar:

a). mempunyai jadual belajar

b). patuh kepada jadual

c). buat jadual yang boleh diikuti


27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan

sebagai dorongan untuk belajar


28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara- perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif


29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar


30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa


31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )


32. Pelbagaikan tempat belajar


33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham


34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya


35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:

a). taat kepada Allah

b). mendirikan sembahyang

c). menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka

d). hormati & sayangi guru

e). bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan

f). suka pada setiap mata pelajaran yang disukai

g). membantu rakan yang memerlukan

h). berdoa dan bersyukur kepada Allah

i). sentiasa bertawakal

j). mahir dalam setiap mata pelajaran


Sumber:http://www.scribd.com/doc/3704748/35-Petua-Pelajar-Cemerlang-Dato-Dr-Fadzilah-Kamsah




Labels: | | edit post