Salam SaYang seMua ^_^
Musim Durian mmg dinanti-nantikan oleh setiap peminatnya, tapi dalam kemeriahan musim durian ini ada jugak musim buang bayi huhu Tiap-tiap hari ada je berita pasal pembuangan bayi huhu Kadang-kadang isu-isu gejala sosial seperti ini seolah-olah ada 'musim2' mereka yang tersendiri..lepas 'musim buang bayi'..datang pulak "musim-musim" lain (macam musim buah-buahan pulak)..entahla apa nak jadi dengan dunia sekarang & persoalan tentang "salah siapa?" dan "bila masalah ini akan berakhir?" mmg satu persoalan yang masih tiada jawapan yang jelas kerana bagi YA selagi manusia itu tiada keinsafan dalam diri sendiri maka selagi itulah masalah-masalah sebegini akan berlaku dalam dunia ini ^_^
Sekarang isu 'sekolah hamil'..ada pihak yang terimanya sebagai salah satu 'usaha' untuk mengatasi isu pembuangan bayi ini, ada jugak pihak yang melahirkan kebimbangan mereka tentang 'sekolah hamil' ini kerana ada yang menganggap ianya seolah-olah boleh 'menggalakkan' lagi remaja-remaja kita untuk mudah terjebak dalam gegala sosial ini. Apa pulak pandangan anda tentang 'sekolah hamil' ini???
p/s: kadang-kadang rs syukur sangat kalau bayi-bayi yang dijumpai itu masih lagi bernyawa daripada bayi-bayi yang tak sempat di selamatkan, sekurang-kurangnya jika mereka besar masih lagi boleh didik untuk jadi insan yang lebih berguna kelak..mak & bapak mereka yang buat salah tapi anak yang tak berdosa jadi mangsa..huhu
Salam Sayang Semuanya..
Hari pertama puasa tp hati dah mula sayu..bukan apa rindu nak berkumpul dengan keluarga untuk bersahur dan berbuka sama-sama..Bila terbaca komen sepupu YA di facebook pasal bubur lambuk mak YA..tiba-tiba je seolah-olah YA terhidu 'bau' bubur lambuk tu..adoii, mentang-mentang puasa, minda ni cam 'sensitif' je bila sebut pasal 'makanan' cepat je 'respon' hehe Selain daripada mengerjakan ibadat puasa dan ibadat-ibadat sunat yang lain, time bulan puasa inilah YA akan teruja untuk main bunga api dengan anak-anak buah, berbalas kad raya (tapi sekarang canggih dah salah satunya bagi ucapan guna SMS) dan paling penting tiket balik kampung ^_^
Sempena bulan yang mulia ini, YA ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA & MAAFKAN DIRI INI JIKA ADA MELAKUKAN KESILAPAN SAMA ADA YA SEDAR ATAU PUN SECARA TIDAK SEDAR ^__^
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini