Showing posts with label LaMan RohaNi. Show all posts
Showing posts with label LaMan RohaNi. Show all posts

Persiapan Menghadapi Ramadhan
Sebagai orang Mukmin kita perlu membuat tiga
persiapan penting sebelum kedatangan Ramadhan :
Pertama : Persiapan ilmu tentang Ramadhan
Membuka kitab mengenai:
-adab-adab puasa
-perkara-perkara yang membatalkan puasa
-perkara-perkara yang mengurangkan
pahala puasa.
-amalan-amalan yang perlu dilaksanakan
semasa berpuasa.
Syarat Sah Puasa ialah :
1. Islam, tidak sah puasa orang kafir
2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah
puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum
mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat.
Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah
sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia
hendaklah diminta supayaberpuasa jika dia mampu
melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun,
dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagai-
mana sembahyang.
3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalang
nya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan
haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.
Sabda Nabi s.a.w bermaksud : “Diangkat qalam
(tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada
orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak
-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada
orang gila sehinggalah dia berakal“.
(Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya)
Kedua : Persiapan hati dan jiwa.
Di akhir bulan Sya'ban ini perlulah kita membuat persiapan
hati dan jiwa kita untuk memohon keampunan
kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang telah kita
lakukan sebelum ini. Kita merintih dan mengharap
belas kasih daripada Allah s.w.t. supaya mengampunkan
dosa-dosa kita hingga berlinang air mata.
Imam al-Ghazali berkata, "Orang yang bijak adalah mereka
yg merintih dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t
sebelum datangnya Ramadhan"
Ketiga : Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t.
Ikhlaskan hati kita kepada
Allah s.w.t bahawa kita berazam menjadikan Ramadhan kali
ini adalah Ramadhan yang terbaik yang akan kita laksanakan
daripada Ramadhan sebelumnya.
Kita juga perlu meminta maaf kepada ibu bapa, suami, isteri,
anak-anak, jiran tetangga, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan
sesiapa saja yang telah kita melakukan dosa kepada mereka.
Pesanan Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.
ketika hadirnya Ramadhan:
"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan
ketika hadirnya Ramadhan :
Pertama : Mohon maaf dari kedua ibu bapamu.
Kedua : Mohon maaf sesama suami dan isteri.
Ketiga : Mohon maaf daripada keluarga, sahabat handai
dan mereka berada disekelilingmu"
Diharapkan masuk saja kita dibulan Ramadhan kita telah
bersih dari dosa-dosa besar dan kecil, semoga keberkataan
Ramadhan dapat kita miliki sepenuhnya.
(sumber:PeaCe 4iSlam)
- Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
- Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan
- Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
- Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
- Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
- Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
- Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
- Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
- Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
- Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
- Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
- Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
- Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
- Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
- Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
~Peringatan buat diri ku juga yang kadang-kadang sering alpa @_@
~Peringatan buat diri ku juga yang kadang-kadang sering alpa @_@


