yA


Mungkin anda pernah rasa malas tetiba, kurang bermaya, lemas, bingung atau keliru..mungkin juga malas bangkit cepat dari tempat tidur, kepenatan atau nak mengangguhkan sesuatu kerja yang sepatutnya dibuat sekarang, macam memasak, menaip assignment, membuat kajian, masuk bekerja di waktu petang (bagi yang kerja shift) atau berkebun… er, contoh saja, contoh.

Malas, sikap negatif menyumbang kepada kelemahan diri, lantas menjadikan diri kurang cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan. Untuk jadi bersemangat dalam situasi ini, kita gunakan cara ‘memberi janji kepada diri sendiri’. Caranya begini:

Beritahu diri anda, yang anda mahu buat sesuatu sekarang. Bila dah siap nanti, ambil sedikit masa menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu, mungkin sesuatu benda atau perbuatan. Hadiahnya boleh dalam bentuk ganjarang masa bersantai-santai, makanan, rehat, menonton wayang, lepak depan tv atau ketenangan. Contohnya, bila dah siap kerja nanti, hadiahkan diri sendiri dengan makanan yang enak, macam pizza perasa sate ke, roti canai inti sardin ke, apa-apalah makanan yang sedap. Ataupun, janji kepada diri sendiri, anda akan mendengar lagu kegemaran anda bila kerja dah siap nanti.

Mungkin juga, janji kepada diri sendiri mahu bersantai-santai menonton Astro, minuman ditangan kiri, keropok di tangan kanan. Tapi, pastikan Anda betul-betul mengotakan janji yang anda dah beritahu pada diri anda tadi. Jika tidak, kita tak akan dapat melatih diri jadi bermotivasi. Tubuh anda akan kurang memberi respon pada apa yang anda setkan di minda apabila hal itu berlaku. Lama kelamaan bila selalu buat camni, anda boleh mengawal rasa malas, lantas mengurangkan tahap kemalasan menjadi makin sedikit, sedikit, lalu menghilang langkah demi langkah.

Minda kita cepat menumpu perhatian jika anda ganjaran disebaliknya. Waktu kecik-kecik dulu, bila mak kita suruh kita sapu tangga ke, cuci kereta ke, mesti kita tak nak buat melainkan dia janji akan memberikan sesuatu sebagai ganjaran kepada kita bila kerja dah siap nanti. Kita akan jadi bertenaga bila kita tahu apa yang kita buat tu akan dibalas dengan sesuatu yang kita suka.

Sukar untuk membuang malas sepenuhnya. anda tak akan menang bila melawan malas, tapi anda boleh menyalurkan malas ke masa lain, bukan masa ini. Maksudnya, anda menangguhkan keinginan untuk bermalas-malas sekarang kerana anda akan menikmati kemalasan tu pada masa lain. Bertangguh boleh, tapi biarlah kita bertangguh dengan cara bijak.

Work hard in smart way! ^_^


yA
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna, dan tafsiran perwatakannya.


MeRaH

Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.



BiRu

Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.



HIJAU

Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.



HiTaM

Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.



CoKLaT

Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.



UnGu

Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.




KeLaBu

Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.



KuNiNg

Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.



PuTiH

Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.




P/s: sekadar menceriakan pembacaan anda di blog YA ini dan anggaplah ianya sekadar kebetulan jika apa yang dikatakan itu 'sebijik' seperti ciri-ciri diri anda hehe ^_^

yA

Belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar dalam situasi sebegini, cuba amalkan kaedah di bawah ini:

  • BeRi TuMpuaN LeBiH TeRhaDap PeMbelaJaRan
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

  • FoKuS KePaDa BaB YaNg LeBiH PeNtiNg

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
  • YaKin KeBoLeHaN DiRi SeNdiRi

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

  • MaSa ReHaT SeCuKupNya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

  • HaPusKaN TaBiaT SuKa TiDur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki. Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.

Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan.

  • JanGan MeNgaMbiL UbAt YaNg MeRaGuKaN

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda. Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.

Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.






yA

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Labels: 0 comments | | edit post
yA
SaLaM SaYang SeMua ^_^

Alhamdulillah, akhirnya hari ini kumpulan kami berjaya melaksanakan program KEM SINAR PERMATA: "Generasi Ke Arah Kecemerlangan" yang dijalankan di SK Dato Kamaruddin, Behrang Ulu, Perak. Pengalaman bersama-sama dengan adik-adik SK Dato Kamaruddin tadi memang satu kenangan indah yang sukar untuk dilupakan oleh kami ^_^

Secara umumnya, objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah rendah khasnya tentang potensi diri mereka dan membantu mereka untuk memperkembangkan bakat secara optimum. Selain itu, program diharapkan menjadi medan kepada pelajar untuk menggilap dan menyerlahkan daya kepimpinan yang bercirikan pendidik dengan memikul amanah yang diberikan sebaiknya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Aziz Bin Yatim (pensyarah kami bagi kursus Pengurusan dan Kosultasi Kaunseling Sekolah) di atas tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan selama ini dalam usaha kami merangka dan merancang perjalanan program ini. Sekalung penghargaan juga kepada pihak SK Dato Kamaruddin kerana sudi memberi kami peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pelajar-pelajar SK Dato Kamaruddin. Di samping itu, tahniah dan terima kasih buat semua fasilitator (AJK) KEM SINAR PERMATA di atas kerjasama dan komitmen anda semua dalam memastikan segala perancangan dan kelancaran perjalanan program ini ^_^ Diharapkan selepas ini kita semua masih lagi mempunyai peluang untuk bergabung tenaga dan bekerjasama untuk program yang seterusnya ^_^



>>>KenanGan TeRindah~KEM SINAR PERMATA

>>>Jom tgk gelagat adik-adik kita ni ^_^


Seronok melihat gelagat adik-adik KEM SINAR PERMATA yang bersemangat dan sentiasa aktif dalam setiap aktiviti yang kami laksanakan tadi. Penat memang penat tapi kerana kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh adik-adik tadi membuatkan YA 'lupa' tentang rasa penat YA (walaupun di bulan puasa) sebaliknya YA rasa teruja dan seronok untuk terus bersama-sama dengan mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Melalui pemerhatian YA, ciri-ciri seorang pemimpin dan semangat kerjasama dalam kumpulan sangat jelas dipamerkan oleh setiap peserta atau ahli kumpulan masing-masing..sememangnya adik-adik SK Dato Kamaruddin merupakan "PEMIMPIN CEMERLANG" ^_^







yA
yA


SuKa..SaYang..CinTa~~MiLiK KiTa SeMuA DaN uNtuk KiTa SeMua ^_^

Buat Renungan dan Peringatan Buat Semua:

Ada CINTA yang AGUNG antara HAMBA dan TUHANNYA. CINTA KUDUS antara BONDA dan ANAKNYA. Ada CINTA RAFIK yang SETIA. Ada CINTA PERSAUDARAAN yang TIADA BANDINGNYA. Ada CINTA SESAMA MAKHLUK yang begitu MULIA dan CINTA dikatakan hampir TIDAK MEMILIH USIA. Ia juga TIDAK MENGIRA RONA BANGSA. Tidak ada MISKIN KAYA dalam catatan KAMUS CINTA. Justeru, CINTA dikatakan sesuatu yang CUKUP LUAR BIASA dalam CAKERAWALA HIDUP SETIA JIWA.

Andaikata dunia hendak MERAIH CINTA, ia tak akan MAMPU dan andaikata ia akan MENOLAKNYA, ia juga tak akan KUASA, kerana CINTA itu satu ANUGERAH, bukan suatu hasil USAHA. CINTA berasal dari TUHAN.

CINTA tak pernah MENJANJIKAN APA-APA. Ia berlaku dengan INDAH SEKALI dan mungkin berakhir dengan PERIT SEKALI!!!

Ingat di setiap waktu orang yang lebih MENYAYANGI DIRI KITA. Kita tak akan KEHILANGANNYA sekiranya kita terus MENYAYANGINYA dengan SEPENUH HATI.

Hal yang paling KEJAM yang seseorang lakukan kepada insan lain adalah membiarkannya JATUH CINTA, sementara kamu TIDAK BERNIAT untuk 'MENANGKAPNYA'!!!