yA
Salam SaYang seMua ^_^

Musim Durian mmg dinanti-nantikan oleh setiap peminatnya, tapi dalam kemeriahan musim durian ini ada jugak musim buang bayi huhu Tiap-tiap hari ada je berita pasal pembuangan bayi huhu Kadang-kadang isu-isu gejala sosial seperti ini seolah-olah ada 'musim2' mereka yang tersendiri..lepas 'musim buang bayi'..datang pulak "musim-musim" lain (macam musim buah-buahan pulak)..entahla apa nak jadi dengan dunia sekarang & persoalan tentang "salah siapa?" dan "bila masalah ini akan berakhir?" mmg satu persoalan yang masih tiada jawapan yang jelas kerana bagi YA selagi manusia itu tiada keinsafan dalam diri sendiri maka selagi itulah masalah-masalah sebegini akan berlaku dalam dunia ini ^_^

Sekarang isu 'sekolah hamil'..ada pihak yang terimanya sebagai salah satu 'usaha' untuk mengatasi isu pembuangan bayi ini, ada jugak pihak yang melahirkan kebimbangan mereka tentang 'sekolah hamil' ini kerana ada yang menganggap ianya seolah-olah boleh 'menggalakkan' lagi remaja-remaja kita untuk mudah terjebak dalam gegala sosial ini. Apa pulak pandangan anda tentang 'sekolah hamil' ini???



p/s: kadang-kadang rs syukur sangat kalau bayi-bayi yang dijumpai itu masih lagi bernyawa daripada bayi-bayi yang tak sempat di selamatkan, sekurang-kurangnya jika mereka besar masih lagi boleh didik untuk jadi insan yang lebih berguna kelak..mak & bapak mereka yang buat salah tapi anak yang tak berdosa jadi mangsa..huhu
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment