yA

Persiapan Menghadapi Ramadhan
Sebagai orang Mukmin kita perlu membuat tiga
persiapan penting sebelum kedatangan Ramadhan :

Pertama : Persiapan ilmu tentang Ramadhan


Membuka kitab mengenai:
-adab-adab puasa
-perkara-perkara yang membatalkan puasa
-perkara-perkara yang mengurangkan
pahala puasa.
-amalan-amalan yang perlu dilaksanakan
semasa berpuasa.

Syarat Sah Puasa ialah :

1. Islam, tidak sah puasa orang kafir

2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah
puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum
mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat.
Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah
sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia
hendaklah diminta supayaberpuasa jika dia mampu
melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun,
dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagai-
mana sembahyang.

3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalang
nya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan
haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud : “Diangkat qalam
(tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada
orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak
-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada
orang gila sehinggalah dia berakal“.

(Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya)

Kedua : Persiapan hati dan jiwa.

Di akhir bulan Sya'ban ini perlulah kita membuat persiapan
hati dan jiwa kita untuk memohon keampunan
kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang telah kita
lakukan sebelum ini. Kita merintih dan mengharap
belas kasih daripada Allah s.w.t. supaya mengampunkan
dosa-dosa kita hingga berlinang air mata.

Imam al-Ghazali berkata, "Orang yang bijak adalah mereka
yg merintih dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t
sebelum datangnya Ramadhan"

Ketiga : Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t.

Ikhlaskan hati kita kepada
Allah s.w.t bahawa kita berazam menjadikan Ramadhan kali
ini adalah Ramadhan yang terbaik yang akan kita laksanakan
daripada Ramadhan sebelumnya.

Kita juga perlu meminta maaf kepada ibu bapa, suami, isteri,
anak-anak, jiran tetangga, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan
sesiapa saja yang telah kita melakukan dosa kepada mereka.

Pesanan Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.
ketika hadirnya Ramadhan:

"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan
ketika hadirnya Ramadhan :

Pertama : Mohon maaf dari kedua ibu bapamu.

Kedua : Mohon maaf sesama suami dan isteri.

Ketiga : Mohon maaf daripada keluarga, sahabat handai
dan mereka berada disekelilingmu"

Diharapkan masuk saja kita dibulan Ramadhan kita telah
bersih dari dosa-dosa besar dan kecil, semoga keberkataan
Ramadhan dapat kita miliki sepenuhnya.

(sumber:PeaCe 4iSlam)
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment