yA

Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.

Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga pelajar-pelajar, terdapat beberapa perkara yang perlu diatasi adalah seperti berikut:
  • Pelajar-pelajar lemah dalam membuat ‘arguement’.
  • Bersikap pasif semasa temuduga.
  • Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik.
  • Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
  • Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.
  • Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negeri.
  • Kurang pengetahuan am.
  • Berpakaian tidak kemas.
Adalah menjadi tanggungjawab anda agar kelemahan-kelemahan seperti di atas dapat diatasi. Selain dari berusaha bersendirian untuk mendapat keterangan/memperbaiki perkara-perkara berkenaan, anda juga boleh berhubung dengan Kaunselor, guru-guru dan mungkin ibu bapa dan kawan-kawan bagi mendapat pertolongan yang sewajarnya.

TAMBAHAN: Kesalahan mengisi borang permohonan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap , tulisan tangan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan calon. Jadi, perlu ditekankan bahawa proses temuduga bermula dari masa mengisi borang permohonan.


p/s: semoga dengan maklumat ini, anda akan lebih yakin untuk menghadapi temuduga. G.luck ^_^

0 Responses

Post a Comment